Sabtu, 16 Mei 2020 | 10:03am
Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mengunjungi Pusat Pendidikan Al Barakah. - Foto ihsan FB Ustaz Kazim
Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mengunjungi Pusat Pendidikan Al Barakah. - Foto ihsan FB Ustaz Kazim

Terima kasih semua - ustaz Kazim

IPOH: "Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya," kata penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim melalui hantaran status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, memaklumkan beliau mengagahkan diri untuk turun mengunjungi Pusat Pendidikan Al Barakah.

"Hari ini (semalam) saya gagahkan diri ke pejabat. Rindu sangat pada Al Barakah.

"Kalau Allah izinkan, saya nak buat live FB (Facebook) balik," katanya.

Melalui statusnya itu Ustaz Kazim turut memohon kemaafan seandainya mempunyai kesilapan dan terkasar bahasa.

"Terima kasih atas ingatan semua. Maafkan saya jika ada salah dan silap dan halalkan makan minum," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Mohd Kazim selesai menjalani prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound sebaik dimasukkan ke hospital swasta di sini, Selasa lalu.

Pegawai Khasnya, Jasmin Mastan, dilaporkan berkata, penceramah itu dimasukkan semula ke wad di hospital swasta berkenaan bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Terdahulu, Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dan dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di sini 10 Mei lalu, untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut.

Berita Harian X