Rabu, 8 April 2020 | 2:14pm
PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.
PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

COVID-19: Pesuruhjaya Polis Sarawak positif COVID-19

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas disahkan dijangkiti wabak COVID-19.

Aidi berkata, beliau disahkan positif wabak itu selepas menjalani pemeriksaan lanjut semalam.

“Heboh dah sekarang (apabila ramai yang mengetahui beliau positif). Doktor mengesahkannya semalam,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar turut menjalani kuarantin di rumah sejak 10 hari lalu.

Dev Kumar berkata, beliau sudah menjalani ujian dan keputusan diterima semalam mengesahkan beliau negatif.

“Saya dikuarantin di rumah bukan disebabkan kontak dengan Datuk Aidi tetapi selepas saya hadir mesyuarat yang turut dihadiri oleh seorang yang disahkan positif, baru-baru ini.

“Esok saya akan dilepaskan dari kuarantin dan akan kembali menjalankan tugas di luar rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Dev Kumar mengharapkan Aidi akan pulih seperti sedia kala ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan cabaran hebat menangani PKP .

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X