X
Rabu, 1 April 2020 | 8:00pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. - NSTP/Syamsi Suhaimi
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. - NSTP/Syamsi Suhaimi

COVID-19: Potong dua bulan gaji

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan gaji beliau, timbalannya serta barisan EXCO akan dipotong selama dua bulan untuk disalurkan dalam tabung Serambi Makkah di negeri itu.

Ahmad menerusi kenyataan media, berkata perkara berkenaan diputuskan dalam Persidangan Khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diadakan pada hari ini.

Katanya, langkah itu diambil bagi menzahirkan rasa simpati terhadap rakyat yang terjejas pada ketika ini berikutan penularan wabak COVID-19.

“Pihak kerajaan negeri menyalurkan bantuan sebanyak RM20,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Pusat Khidmat Dun (PKD) untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

“Keputusan ini adalah bagi menzahirkan komitmen pimpinan kerajaan negeri untuk bersama-sama meringankan beban rakyat pada ketika ini,” katanya hari ini.


  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X