Sabtu, 28 March 2020 | 7:29pm

8 positif COVID-19 baharu di Sarawak

KUCHING: Sarawak mencatatkan lapan lagi kes positif COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan disahkan dijangkiti wabak itu kini meningkat kepada 118 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing berkata, daripada jumlah itu tujuh kes dilaporkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala satu lagi di Hospital Sibu.

Beliau berkata, bagi kes individu dalam siasatan (PUI) pula, sebanyak 94 kes baharu dilaporkan, hari ini menjadikan keseluruhan kes berjumlah 1,077.

“Daripada jumlah itu 33 kes dilaporkan di Hospital Sarikei, 30 kes di Hospital Umum Sarawak (HUS), di Hospital Miri (17), Hospital Bintulu (10), dua kes di Hospital Sri Aman sementara masing-masing satu kes dilaporkan di Hospital Mukah dan Hospital Sibu.

“Sehingga 118 kes disahkan positif dengan lima kematian, 898 kes adalah negatif dan 61 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Chin berkata, secara keseluruhannya daripada 1,077 kes PUI, 1,031 kes di negeri ini membabitkan rakyat Malaysia, warga China (25), Indonesia (13), Vietnam (2), Pakistan (2), Thailand (1), Kanada (1), Australia (1) dan Jepun (1).

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 578 Notis Duduk di Rumah (SHN) baru dikeluarkan menjadikan menjadikan jumlah keseluruhan SHN di Sarawak sebanyak 9,944.

“Bagi bagi Arahan Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) mengikut Seksyen 15(1) Akta 342, pula sebanyak 347 dikeluarkan menjadikan jumlah kumulatif HSO setakat ini sebanyak 5,220,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X