Sabtu, 28 March 2020 | 5:30pm

Mesej palsu perintah berkurung di Hilir Perak

IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak menafikan mesej yang tular di WhatsApp berhubung perintah berkurung akan dilaksanakan di daerah Hilir Perak.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan hari ini berkata, kandungan mesej yang tersebar sejak semalam itu adalah berita palsu.

“Orang ramai dinasihatkan menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa serta tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih,” katanya.

Dua daerah di Perak iaitu Hilir Perak dan Kinta sudah diklasifikasikan sebagai Zon Merah susulan pandemik wabak COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X