Ahad, 15 March 2020 | 8:11pm
 Notis pemakluman perubahan waktu melawat Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. - Foto NSTP/Ihsan HSM
Notis pemakluman perubahan waktu melawat Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. - Foto NSTP/Ihsan HSM

Hospital Sultanah Maliha pendekkan waktu melawat

LANGKAWI: Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, mengeluarkan notis makluman memendekkan masa lawatan ke hospital itu serta-merta hari ini.

Langkah itu susulan peningkatan kes COVID-19 yang sedang melanda negara.

Timbalan Pengarah Perubatan 1 HSM, Dr John Khoo Kah Heng dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan waktu melawat dipendekkan bermula jam 1 petang sehingga 2 petang.

“Waktu melawat kedua pula bermula jam 5 petang sehingga 7 malam.

“Kanak-kanak bawah 10 tahun dan bayi dilarang melawat pesakit di wad atau kawasan berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata, pelawat memiliki gejala batuk, demam dan selsema tidak digalakkan untuk melawat pesakit sama sekali.

“Peraturan ini berkuatkuasa serta-merta dan sebarang perubahan akan diumumkan kelak.

“Langkah ini bagi mengurangkan risiko jangkitan di kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja HSM,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X