Khamis, 12 March 2020 | 6:28pm
HRPZII memendekkan waktu lawatan ke hospital berkenaan berkuat kuasa hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini. - Arkib NSTP
HRPZII memendekkan waktu lawatan ke hospital berkenaan berkuat kuasa hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini. - Arkib NSTP

Waktu lawatan di HRPZII dipendekkan

KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) memendekkan waktu lawatan ke hospital berkenaan berkuat kuasa hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Selasawati Ghazali, berkata HRPZII mengambil langkah berkenaan bagi mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja hospital berkenaan.

“Tempoh lawatan dipendekkan kepada jam 1 tengah hari hingga 2 petang dan 5 hingga 6.30 petang setiap termasuk cuti umum dan hujung minggu.

“Pada masa sama, pesakit yang ada mobiliti seperti penyakit asma atau berada dalam keadaan tidak sihat dinasihatkan supaya mengelak datang berjumpa pesakit di dalam wad.

“Selain memendekkan masa lawatan, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga dilarang melawat pesakit di wad,” katanya.

Beliau berkata, sebarang perubahan terhadap penerimaan kehadiran pelawat dan waktu lawatan akan dimaklumkan kelak.

  • target="_blank">Lagi berita mengenai COVID-19


  • Berita Harian X