Sabtu, 30 November 2019 | 3:13pm
KUCHING 30 NOVEMBER 2019. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah (tiga dari kanan) melancarkan simbolik perasmian Karnival Wellbest Sarawak 2019 di Metrocity Kuching. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Sarawak laksana program bantu anak penerima bantuan kebajikan

KUCHING: Kerajaan Sarawak melaksanakan Program Pembangunan Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) yang dianjurkan khusus bagi membantu golongan sasaran Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata fokus utama program itu adalah membantu anak-anak penerima bantuan kebajikan.

Selain itu katanya, program itu juga akan membantu isi rumah lain penerima bantuan kebajikan dan bekas penghuni institusi kebajikan agar dapat menjalani latihan kemahiran seterusnya mendapat peluang pekerjaan.

“Hingga kini seramai 214 peserta dalam bidang kemahiran seperti kulinari, pastri, automotif, sistem maklumat serta minyak dan gas mendapat manfaat daripada PLKK.

“Daripada jumlah itu, seramai 94 orang sudah pun mendapat pekerjaan sesuai sebaik selepas tamat latihan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Karnival Wellbest Sarawak 2019, di Metro City, di sini, hari ini.

KUCHING 30 NOVEMBER 2019. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah bergambar bersama pemenang anugerah Ushawan Mikro Kebajikan Contoh 2018/2019 kepada Florence Remi Anak Lanchang pada Majlis perasmian Karnival Wellbest Sarawak 2019 di Metrocity Kuching. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Bagi memastikan PLKK mencapai objektif, pihaknya memilih rakan kongsi yang akan menyediakan latihan dengan teliti.

“Antara rakan strategik PLKK seperti Centre of Technology Excellence (CENTEXS), AMAIDA Resources Sdn Bhd, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), dan SATT Kolej yang turut membantu JKMS dalam menawarkan latihan kemahiran dan kerjaya kepada peserta PLKK.

“Kami memilih rakan kongsi ini kerana yakin dengan kemampuan mereka menyediakan latihan untuk membantu kumpulan sasar itu,” katanya.

KUCHING 30 NOVEMBER 2019. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah melawat tapak pameran selepas merasmikan Majlis perasmian Karnival Wellbest Sarawak 2019 di Metrocity Kuching. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Menerusi Program Pembangunan Usahawan Mikro Kebajikan (PUMK), dalam tempoh 2017 hingga September 2019, seramai 4,480 orang sudah dibimbing untuk menyertai program itu.

“Hingga kini, seramai 394 orang daripada mereka sudah dapat meningkatkan pendapatan melebihi RM 1,000 sebulan dan dengan itu digugurkan daripada senarai penerima bantuan JKMS.

“Hasil usaha mempergiatkan pemasaran produk-produk UMK yang masih dalam bimbingan seramai 1,377 orang, di dalam dan luar Sarawak, mencatatkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM 7.18 juta,” katanya.

Berita Harian X