Rabu, 23 Oktober 2019 | 11:04am

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat

JOHOR BAHRU: Johor Bahru dan Pontian terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, dengan keseluruhannya 510 mangsa dari 111 keluarga terjejas akibat bencana itu sehingga pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, berkata sehingga kini sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berhampiran kawasan terjejas.

“Selain dua daerah itu, banjir turut berlaku di beberapa kawasan di Muar dan Batu Pahat semalam, namun tiada PPS dibuka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, kawasan terjejas di Pontian, termasuk Kampung Parit Basilam, Kampung Maju Jaya, Kampung Melayu Batu 30, Bukit Panjang, Kampung Ulu Pulai dan Kampung Seri Bunian, dengan keseluruhannya membabitkan seramai 315 mangsa daripada 71 keluarga.

“Kesemuanya ditempatkan di PPS Madrasah Parit Basilam, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan, SK Seri Bukit Panjang, Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai dan Balai Raya Kampung Sri Bunian,” katanya.


SEBAHAGIAN mangsa banjir di Kampung Pulai, Gelang Patah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai, Gelang Patah selepas rumah mereka dinaiki air banjir kilat petang semalam. - Foto ihsan APM

Di Johor Bahru pula, kawasan terjejas akibat banjir kilat adalah Kampung Pulai di Gelang Patah membabitkan 195 mangsa daripada 40 keluarga dengan semua mereka ditempatkan di SK Kampung Pulai.

Katanya, kawasan yang terjejas di Muar ialah Kampung Sari Baru dan Kampung Seri Gelam, manakala di Batu Pahat (Kampung Jasa Wangi).

SEBAHAGIAN mangsa banjir di Kampung Pulai, Gelang Patah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai, Gelang Patah selepas rumah mereka dinaiki air banjir kilat petang semalam. - Foto ihsan APM
SEBAHAGIAN mangsa banjir di Kampung Pulai, Gelang Patah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai, Gelang Patah selepas rumah mereka dinaiki air banjir kilat petang semalam. - Foto ihsan APM
SEBAHAGIAN mangsa banjir di Kampung Pulai, Gelang Patah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai, Gelang Patah selepas rumah mereka dinaiki air banjir kilat petang semalam. - Foto ihsan APM
Berita Harian X