Selasa, 22 Oktober 2019 | 8:50pm
MUZAMIR Abdul Wahab meninggal dunia akibat kanser usus tahap akhir, pagi tadi.

Bapa wartawan BH meninggal dunia akibat kanser

KUALA LUMPUR: Bapa wartawan BH, Muhammad Yusri Muzamir, 30, meninggal dunia akibat kanser usus tahap akhir, pagi tadi.

Muzamir Abdul Wahab, 62, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang ditemani ahli keluarga pada jam 11.41 pagi tadi.

Muhammad Yusri berkata bapanya dikesan menghidap kanser lebih setahun lalu dan kesihatannya mula merosot sejak beberapa bulan lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ruzlina Husin, 59, empat anak dan lima cucu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, Selayang pada jam 5.30 petang tadi.

Berita Harian X