Selasa, 22 Oktober 2019 | 5:14pm
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Tiada pemimpin PH Johor terbabit dengan LTTE

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengesahkan tiada pemimpin dalam komponen Pakatan Harapan (PH) negeri ini yang dilaporkan terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata bagaimanapun pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa jika terdapat pemimpin di negeri itu yang terbabit dengan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan pencapaian dua juta jam waktu bekerja tanpa kemalangan dan majlis cabutan kerja undi perdana bagi projek penyelenggaraan jalan kampung di Johor di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Sahruddin berkata, semua peruntukan yang disalurkan di kawasan Parlimen Tanjung Piai adalah daripada usaha Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik sebanyak RM14 juta.

“Mungkin ada tambahan daripada Menteri yang berada di sana, mereka mestilah memberikan bantuan dengan tujuan meningkatkan infrastruktur di sana (Tanjung Piai),” katanya.

Berita Harian X