Khamis, 10 Oktober 2019 | 9:12am
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Sungai Segar, Ijok, sejak malam tadi. - Foto ihsan APM

Penduduk Ijok berpindah

SELAMA: Lima penduduk daripada tiga keluarga dipindahkan malam tadi selepas rumah mereka di Kampung Sungai Segar, Ijok, di sini, dinaiki air akibat hujan lebat sejak semalam.

Lima penduduk membabitkan dua lelaki dan tiga wanita itu ditempatkan pusat pemindahan sementara di dewan Kampung Sungai Segar.

Mereka bagaimanapun kembali ke rumah masing-masing pagi ini, selepas banjir mulai surut dan pusat pemindahan ditutup pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Selama, Awam Azman Amat, berkata hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan air mulai naik dan memasuki rumah penduduk kira-kira jam 10 malam tadi, mengakibatkan ahli keluarga mereka terpaksa dipindahkan.

“Banjir sudah surut pagi ini dan cuaca kembali cerah sejak jam 8 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azman berkata, keadaan di kawasan yang terjejas setakat ini terkawal.

“Agensi yang terbabit memantau dari Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kesihatan Daerah, polis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung,” katanya.

Berita Harian X