Ahad, 22 September 2019 | 11:15am
MASJID Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) kelihatan kabur ekoran cuaca yang terjejas akibat jerebu ketika tinjauan di sekitar Bandaraya Shah Alam. - Foto BERNAMA

PEMANDANGAN Bandaraya Petaling Jaya yang diselubungi Jerebu. - Foto Roslin Mat Tahir

Johan Setia menghampiri paras sangat tidak sihat

SHAH ALAM: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johan Setia, Klang menghampiri paras sangat tidak sihat iaitu pada bacaan 194 setakat jam 10 pagi tadi.

Berdasarkan bacaan di laman sesawang http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU di kawasan itu meningkat ke 195 pada jam 7 pagi tetapi susut ke 193 sebelum meningkat semula pada jam 10 pagi.

Terdapat dua kawasan yang menunjukkan peningkatan, bagaimanapun masih berada pada paras tidak sihat, iaitu Kuala Selangor (153) dan Banting (118).

Kawasan lain pula menunjukkan penurunan iaitu Petaling Jaya (144), Shah Alam (140) dan Klang (133).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Berita Harian X