Rabu, 18 September 2019 | 8:59pm
Keadaan jerebu di Shah Alam dengan bacaan IPU di Shah Alam merekodkan bacaan 221 (sangat tidak sihat) pada jam 3 petang. - NSTP/Sairien Nafis
Keadaan jerebu di Shah Alam dengan bacaan IPU di Shah Alam merekodkan bacaan 221 (sangat tidak sihat) pada jam 3 petang. - NSTP/Sairien Nafis
Guru Prasekolah, Nur Shahidah Mohd Afendi (kiri) bersama Pengawal Keselamatan, Mohammad Zikrie Abdul Rahim (kanan) memasang notis 'Sekolah Ditutup' susulan jerebu melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Shah Alam yang mencatatkan IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 219 sekitar 1 tengah hari tadi. - Foto BERNAMA

Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Pelabuhan Klang ditutup hari ini berikutan jerebu dengan IPU merekodkan bacaan 202 iaitu tahap sangat tidak sihat pada jam 9 pagi. - NSTP/Faiz Anuar
Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Pelabuhan Klang ditutup hari ini berikutan jerebu dengan IPU merekodkan bacaan 202 iaitu tahap sangat tidak sihat pada jam 9 pagi. - NSTP/Faiz Anuar

Tiada peningkatan ketara penyakit berkaitan jerebu di Selangor

SHAH ALAM: Masalah kualiti udara yang semakin tidak sihat di Selangor tidak menunjukkan peningkatan ketara kes penyakit berkaitan jerebu setakat ini.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim, berkata terdapat lima klinik sentinel jerebu di Selangor iaitu Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 7 Shah Alam, KK Kota Damansara, KK Pandamaran, KK Kuala Selangor dan KK Telok Datok.

katanya kesemua klinik itu memantau penyakit berkaitan jerebu secara bulanan, walaupun di luar musim jerebu, membabitkan penyakit seperti konjunktivitis, jangkitan saluran pernafasan dan asma.

“Ketika jerebu, data kes dipantau secara harian. Setakat ini, tidak terdapat peningkatan ketara yang dicatatkan, namun Jabatan Kesihatan Selangor akan terus memantau dan memastikan bekalan ubat mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Khalid berkata berdasarkan laporan klinik pesakit luar dan Jabatan kecemasan di hospital seluruh Selangor secara amnya menunjukkan peningkatan kira-kira 15 peratus pesakit mengalami asma manakala bagi penyakit jangkitan saluran pernafasan dan konjunktivitis, masing-masing mencatatkan peningkatan 3.5 peratus dan 2.8 peratus.

Pelajar Sekolah Agama Rendah Kafa Integrasi Kampung Pendamar, Nur Alya Afdzal Husni, 11, (kanan) dan Nurul Fatin Nabila Mohd Asyraf Farid, 11, memakai penutup hidung mulut ketika menunggu ibu bapa berhampiran Masjid Kampung Pendamar, Klang. - NSTP/Faiz Anuar

Dermaga Pelabuhan Utara kelihatan kurang jelas berikutan jerebu yang melanda negara. IPU mencatatkan bacaan 201 iaitu sangat tidak sihat ketika gambar ini dirakam pada jam 5 petang. - NSTP/Roslin Mat Tahir

Bagaimanapun, katanya, kenaikan yang dicatatkan itu tidak ketara berikutan masyarakat sudah bersedia dan mengambil maklum mengenai perlindungan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Pada masa sama, Dr Khalid berkata Jabatan Kesihatan Selangor menasihatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuk sentiasa memastikan udara di dalam rumah atau bangunan bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

Dr Khalid berkata, orang ramai yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit dan pedih mata serta jangkitan paru-paru perlu datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit itu bertambah teruk.

Berita Harian X