Khamis, 29 Ogos 2019 | 8:52am
Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik (kanan) menandatangani plak pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Asean Food dan Heritage Festival 2019 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV , Kota Bharu, semalam. - Foto BERNAMA
Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik (kanan) menandatangani plak pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Asean Food dan Heritage Festival 2019 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV , Kota Bharu, semalam. - Foto BERNAMA

Festival makanan dan warisan himpun makanan 10 negara ASEAN

KOTA BHARU: Festival Makanan dan Warisan Asean 2019 menampilkan pelbagai keunikan makanan daripada 10 negara Asean.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata festival berkenaan membabitkan penyertaan antaranya dari Thailand, Indonesia, Laos, Brunei, Vietnam, Singapura, Filipina, selain penganjur turut menfokuskan makanan yang terdapat di Kelantan.

“Festival sebegini mampu melonjakkan pembangunan negara demi mempertingkatkan industri pelacongan Malaysia khususnya Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Penghargaan Festival Makanan dan Warisan Asean 2019 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Pelancongan, Seni dan Budaya Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin.

Muhammad Bakhtiar berkata, pihaknya menyasarkan lebih 100,000 pengunjung akan hadir dan meraih jumlah jualan sebanyak RM1 juta sepanjang festival 10 hari berlangsung yang bermula sejak 22 Ogos lalu.

“Selain menampilkan keunikan makanan daripada pelbagai negara ASEAN, festival ini juga satu usaha mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, sekali gus menyahut seruan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyasarkan 30 juta pelancong pada tahun hadapan,” katanya. – BERNAMA

Berita Harian X