Sabtu, 17 Ogos 2019 | 3:33pm
PENGUNJUNG, Zulkefli Md Nor (kiri) mendapatkan maklumat perumahan di booth pempamer ketika Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
PENGUNJUNG, Zulkefli Md Nor (kiri) mendapatkan maklumat perumahan di booth pempamer ketika Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
PENGUNJUNG mencuba menu yang disediakan selebriti, Maria Tunku Sabri ketika Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
PENGUNJUNG mencuba menu yang disediakan selebriti, Maria Tunku Sabri ketika Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

MyRumah 2019 tawarkan program panduan, cara membeli hartanah

JOHOR BAHRU: Pameran hartanah, MyRumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang diadakan Komtar JBCC, menawarkan harga hartanah antara RM300,000 hingga RM500,000 sepanjang program ini diadakan selama tiga hari, bermula semalam.

Eksekutif Kanan Pengiklanan NSTP Johor, Hassanudin Malek, berkata rumah mampu biaya di sepanjang pameran itu harus dimanfaat pengunjung, di samping mengetahui sektor hartanah dan pelaburan aset oleh pemaju pada program berkenaan.

Katanya, MyRumah 2019 pada kali ini menyasarkan kira-kira 20,000 pengunjung yang membanjiri tiga hari program itu, sama ada orang tempatan atau warga Singapura yang ingin membuat pelaburan dalam sektor hartanah.

“Nilai rumah yang ditawarkan ini merangkumi rumah jenis berkembar dan dua tingkat, malah pengunjung turut diberi panduan menarik dari penceramah tentang bagaimana cara untuk membeli rumah.

“Dengan harga pasaran hartanah itu tidak dapat dinafikan ada yang tinggi, namun keperluan untuk penduduk memiliki rumah itu tetap ada.

PENGUNJUNG mendapatkan maklumat mengenai rumah yang disediakan di booth pempamer ketika Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
PENGUNJUNG mendapatkan maklumat mengenai rumah yang disediakan di booth pempamer ketika Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

“Program seumpama ini sememangnya diharapkan berterusan untuk jangka masa panjang, kerana ia memberi kelainan berbanding pameran lain terutama sambutan dan penerimaan oleh pengunjung mahupun pemaju,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Guocoland (Malaysia) Berhad, Shaine Gan, mempelawa orang ramai bagi hadir mendapatkan maklumat berkaitan pameran hartanah, selain membantu orang ramai termasuk peminjam yang mahu membeli rumah.

Katanya, pengunjung ditawarkan sebanyak 10 peratus rebat bagi bayaran pendahuluan, selain 10 peratus diskaun kepada Bumiputera dan khidmat nasihat bagi permudah urusan belian rumah.

MyRumah 2019 di Johor menawarkan lebih 3,397 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.2 bilion.

Siri ketiga pameran hartanah MyRumah Komtar JBCC itu akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam disertai oleh lapan pemaju iaitu Bukit Pelali Properties Sdn Bhd, Dynasty View Sdn Bhd, GuocoLand (Malaysia) Berhad, Johor Land Berhad, KPKT serta Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Seri Alam Properties Sdn Bhd dan UDA Land (South) Sdn Bhd.

Ia juga turut disertai MBSB Bank Berhad, Lionmas Furnishers (M) Sdn Bhd, Oriental Food Industries Sdn Bhd, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Takaful Ikhlas Bhd.

Terdahulu, siri pertama MyRumah dianjurkan di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, pada Mac lalu dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sebelum diteruskan ke pusat beli belah AEON Bandaraya Melaka, bulan lalu.

Selepas Johor Bahru siri jelajah pameran hartanah MyRumah 2019 akan berlangsung di Pulau Pinang dan Shah Alam.

Berita Harian X