Jumaat, 16 Ogos 2019 | 11:24am
KUALA LUMPUR 08 MAC 2019. Gambar fail, orang ramai melihat pameran rumah daripada pelbagai syarikat pemaju di tapak pameran MyRumah yang diadakan di My Town Shoping Centre, Kuala Lumpur, 8 Mac lalu. - Foto ZulFadhli Zulkifli
KUALA LUMPUR 08 MAC 2019. Gambar fail, orang ramai melihat pameran rumah daripada pelbagai syarikat pemaju di tapak pameran MyRumah yang diadakan di My Town Shoping Centre, Kuala Lumpur, 8 Mac lalu. - Foto ZulFadhli Zulkifli

MyRumah di Johor Bharu bermula hari ini

JOHOR BAHRU: Pameran hartanah, MyRumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) selama tiga hari kembali ke Johor bermula hari ini.

Siri jelajah ketiga dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berlangsung di Komtar JBCC

MyRumah 2019 di Johor menawarkan lebih 3,397 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.2 bilion.

Majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad pada jam 3 petang ini.

Siri ketiga pameran hartanah MyRumah Komtar JBCC itu akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam disertai oleh pemaju, iaitu Bukit Pelali (Astaka Padu Sdn Bhd ), Dynasty View Sdn Bhd, GuocoLand (Malaysia) Berhad, Johor Land Berhad, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Jabatan Perumahan Negara, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Seri Alam Properties Sdn Bhd dan UDA Land (South) Sdn Bhd.

Turut serta ialah MBSB Bank Berhad, Lionmas Furnishers (M) Sdn Bhd, Oriental Food Industries Sdn Bhd, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Takaful Ikhlas.

Siri pertama MyRumah dianjurkan di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, pada Mac lalu dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung diikuti di Melaka, bulan lalu.

Selepas Johor Bahru, siri jelajah pameran hartanah MyRumah 2019 akan berlangsung di Shah Alam dan Ipoh.

Berita Harian X