ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah pagi ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama jemaah lain di Masjid Zahir di sini.
Baginda bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff tiba di Masjid Zahir pada jam 8.20 pagi sebelum bersalaman dengan jemaah.
Yang turut berangkat ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.
Baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Lebih 2,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Datuk Roslan Abdul Halim.
Turut berlangsung majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.