Sabtu, 27 April 2019 | 12:27pm
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua, kanan) berkenan turut serta dalam acara larian lima kilometer Perlis Marathon 2019 hari ini. Terdahulu Raja Puan Muda telah berjaya menamatkan acara 21 kilometer yang bermula 1.30 pagi. Perlis Marathon 2019 berjaya menarik seramai kira-kira 13,000 penyertaan dari seluruh negara walaupun tanpa kategori antarabangsa dipertandingkan tahun ini. - Foto BERNAMA

Restoran, premis jual kek didapati meragukan

KANGAR: Sebuah restoran terkenal dan beberapa premis menjual kek di negeri ini didapati meragukan dari segi pematuhan terhadap prosedur penyediaan makanan halal ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis, Azizan Sulaiman, berkata premis berkenaan yang menggaji pekerja Islam juga gagal menunjukkan sijil perakuan halal yang sah.

“Restoran terbabit mengambil orang Islam bekerja untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di meja makan tetapi penyediaan makanan di bahagian dapur sangat meragukan.

“Saya bukan mahu menimbulkan isu perkauman, namun perkara ini agak sensitif dalam kalangan umat Islam. Premis terbabit harus berusaha mendapatkan sijil perakuan halal daripada JAKIM sekiranya benar mereka tidak menghidangkan makanan dan minuman yang meragukan.

“Saya ada bertemu dengan pengusahanya yang mendakwa walaupun tukang masak bukan beragama Islam, mereka tidak memasukkan bahan berunsur haram ke dalam makanan.

“Namun, pihak berkenaan wajar mengikut prosedur JAKIM dan mendapatkan sijil perakuan halal, lebih-lebih lagi apabila mengambil pekerja Islam untuk perkhidmatan pelanggan,” katanya ketika ditemui pemberita pada acara Perlis Marathon 2019, di sini, hari ini.

Azizan berkata, pihaknya bagaimanapun tidak boleh mengambil langkah drastik menutup premis terbabit berikutan tiada enakmen negeri membenarkan tindakan berkaitan secara khusus.

Justeru, beliau menasihati pengguna Islam supaya lebih peka apabila mengunjungi restoran atau premis yang tiada mempamerkan logo atau sijil perakuan sijil.

Berita Harian X