Selasa, 15 Januari 2019 | 12:34pm

Peniaga 'bundle' temui wang tunai 550,000 yen

TUMPAT: Seorang peniaga menemui wang tunai 550,000 yen (RM20,755.84) dalam pakaian terpakai ketika membuka guni ‘bundle’ di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin.

Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu pada Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.

“Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai ‘bundle’ dalam masa terdekat dan menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naik di laman Facebook jam 9.20 malam kelmarin,” katanya ketika ditemui di Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki untuknya selepas membeli lebih 10 guni ‘bundle’ sejak sebulan lalu.

Wang tunai sebanyak 550,000 yen yang dijumpai peniaga bundle, Wan Mohamad Adam. - Ihsan Wan Mohamad Adam
Wang tunai sebanyak 550,000 yen yang dijumpai peniaga bundle, Wan Mohamad Adam. - Ihsan Wan Mohamad Adam

Dompet berisi wang tunai sebanyak 550,000 yen yang dijumpai oleh Wan Mohamad Adam. - NSTP/Zaman Huri Isa
Dompet berisi wang tunai sebanyak 550,000 yen yang dijumpai oleh Wan Mohamad Adam. - NSTP/Zaman Huri Isa

Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu dan hanya satu beg duit bersama satu kot.

“Sejak memuat naik di Facebook pelbagai reaksi yang diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan. Namun, saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia adalah pembuka rezeki.

“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundle. Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) dan bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya.

Wan Mohamad Adam menunjukkan sebahagian wang tunai yang sudah ditukar kepada Ringgit Malaysia. - NSTP/Zaman Huri Isa
Wan Mohamad Adam menunjukkan sebahagian wang tunai yang sudah ditukar kepada Ringgit Malaysia. - NSTP/Zaman Huri Isa
Sebahagian wang tunai sebanyak 550,000 yen atau lebih RM20,000 yang sudah ditukar kepada Ringgit Malaysia. - NSTP/Zaman Huri Isa
Sebahagian wang tunai sebanyak 550,000 yen atau lebih RM20,000 yang sudah ditukar kepada Ringgit Malaysia. - NSTP/Zaman Huri Isa
Wan Mohamad Adam menunjukkan lokasi wang tunai yang dijumpai. - NSTP/Zaman Huri Isa
Wan Mohamad Adam menunjukkan lokasi wang tunai yang dijumpai. - NSTP/Zaman Huri Isa
Berita Harian X