Sabtu, 17 November 2018 | 10:27am
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah (tengah) diiringi Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A.Latif (kiri) menerima wakaf Eye Controller I.R 4.0 daripada Datuk Seri Mohamed Azhari Kamil pada majlis Santapan Malam sempena Konvokesyen UniSZA ke 10 di Hotel Primula. - Foto Rozainah Zakaria
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah (tengah) diiringi Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A.Latif (kiri) menerima wakaf Eye Controller I.R 4.0 daripada Datuk Seri Mohamed Azhari Kamil pada majlis Santapan Malam sempena Konvokesyen UniSZA ke 10 di Hotel Primula. - Foto Rozainah Zakaria

Sultanah Terengganu lancar wakaf Eye Controller

KUALA NERUS: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan melancarkan wakaf alat kawalan mata Eye Controller UniSZA I.R 4.0 pada majlis santapan malam sempena Konvokesyen ke-10, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, malam tadi.

Pada majlis sama, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA turut berkenan menerima wakaf tanah dari Majlis Daerah Besut (MDB).

Selain itu, Karyawan Bestari Sdn Bhd menyampaikan wakaf peralatan produksi televisyen dan wakaf peralatan dobi layan diri disumbangkan warga pelajar dan pejabat wakaf @ Infaq UniSZA.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Wakaf dan Infaq UniSZA, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan, berkata tanah diwakafkan MDB seluas kira-kira 3,000 meter persegi akan dibangunkan dengan projek perumahan.

Katanya, inisiatif tanah wakaf itu adalah hasil kolaborasi pertama di negara ini membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan UniSZA.

"Wakaf peralatan produksi televisyen pula diperkenalkan dalam usaha UniSZA untuk melahirkan bakat patuh syariah dalam bidang penyiaran.

"Manakala wakaf peralatan dobi layan diri diwujudkan hasil maklum balas pelajar UniSZA," katanya.

Berita Harian X