Isnin, 1 Oktober 2018 | 6:29pm
ORANG ramai menyertai pertandingan sempena roadshow ulang tahunnya yang ke-80 NESCAFÉ di Sunway Pyramid.

NESCAFÉ raikan ulang tahun ke-80 di Malaysia

KUALA LUMPUR: Jenama kopi kegemaran dunia, NESCAFÉ, meraikan ulang tahun ke-80 sebagai minuman kegemaran peminum kopi di Malaysia dengan memulakan kempen ‘Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan NESCAFÉ’.

Bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-80, NESCAFÉ meraikan Bulan Kopi Sedunia dengan roadshow pertama di Sunway Pyramid yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Pengguna berpeluang untuk mengambil bahagian dalam permainan seperti Cabaran Puisi Laju, Putar & Menang dan lain-lain, di samping pelbagai sampel produk minuman NESCAFÉ.

Untuk berkongsi kegembiraan merayakan ulang tahunnya bersama rakyat Malaysia di seluruh negara, NESCAFÉ juga akan mengadakan roadshow di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 4 hingga 7 Oktober dan Tebrau City, Johor Bahru dari 25 hingga 28 Oktober.

Pegawai Eksekutif Perniagaan NESCAFÉ, Othman Chraibi berkata: “Setelah sekian lama berjaya menawan hati dan menambat selera generasi rakyat Malaysia yang gemar minum kopi, kami menganjurkan kempen ini dengan matlamat untuk merayakan dan memperingati saat-saat indah bersama NESCAFÉ.

“Sejak NESCAFÉ mula-mula dicipta di Switzerland, kami berusaha membina jenama kopi yang terbesar di dunia, terutama sekali di Malaysia.

“Kami amat berbangga dengan hakikat bahawa selama 80 tahun, NESCAFÉ sentiasa mencipta inovasi untuk menghidangkan secawan kopi terbaik kepada semua rakyat Malaysia, dalam cara yang paling digemari mereka.”

Katanya, NESCAFÉ mempelopori pengalaman minum kopi yang inovatif sejak tahun 1938, apabila Nestlé ditugaskan mencari cara untuk memproses biji-biji kopi yang tidak tahan lama di Brazil.

Beliau berkata, selepas menjalankan penyelidikan dengan penuh dedikasi, Nestlé berjaya membuat serbuk yang dapat mengekalkan perisa kopi.

Othman berkata, kini, NESCAFÉ terus komited untuk menawarkan saat-saat dan pengalaman indah minum kopi setiap hari, setiap kali, di mana-mana jua.

“Dipacu oleh kesungguhan, kami sentiasa mencipta inovasi, perubahan dan pengubahsuaian untuk kekal relevan kepada keperluan dan gaya hidup pengguna kami yang sentiasa berubah, dengan cara yang lestari.

“Baik NESCAFÉ Classic yang asli dan terus popular mahupun NESCAFÉ DOLCE GUSTO yang inovatif, ataupun pek sedia untuk diminum dan sudah tentulah segelas kopi NESCAFÉ kegemaran anda di gerai mamak atau kedai kopi, produk NESCAFÉ kami digemari oleh semua di seluruh negara.”

“Oleh itu, ulang tahun ke-80 kami adalah satu perayaan warisan sejarah NESCAFÉ’ bersama rakyat Malaysia sejak sekian lama.

“Sama ada di rumah, di tempat kerja atau dalam perjalanan, bersendirian atau bersama keluarga dan kawan-kawan, NESCAFÉ menjadi sinonim dengan pengalaman minum kopi yang menakjubkan.

“Bulan Kopi Sedunia adalah untuk memperingati hubungan dan detik-detik indah bersama, tidak kira tua atau muda,” katanya.

Berita Harian X