Isnin, 24 September 2018 | 9:41am

16,559 duduki UPSR di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seramai 16,559 calon mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 352 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini, pagi ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pkharuddin Ghazali, berkata daripada jumlah berkenaan 11,744 adalah calon dari Sekolah Kebangsaan (SK) manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (3,218); SJK Tamil (1,386) dan sekolah swasta (211).

Menurutnya, seramai enam calon menduduki peperiksaan di hospital iaitu tiga di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, dua di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan seorang di hospital swasta di daerah ini.

“Seramai 1,700 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tinjauan NSTP di SK Wawasan, Seremban 2 di sini, mendapati seramai 150 calon UPSR sekolah berkenaan kelihatan tenang ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan dan mengikut arahan dikeluarkan oleh petugas peperiksaan.

Sebelum itu, mereka mendengar taklimat ringkas daripada guru dan membaca doa beramai-ramai di luar dewan.

Tinjauan turut mendapati, ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk memberi semangat dan sokongan sebelum menduduki peperiksaan.

PELAJAR Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Wawasan yang menduduki peperiksaan UPSR kertas Bahasa Melayu Kefahaman di seremban 2. - Foto Hasriyasyah Sabudin
PELAJAR Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Wawasan yang menduduki peperiksaan UPSR kertas Bahasa Melayu Kefahaman di seremban 2. - Foto Hasriyasyah Sabudin
MURID tahun enam mendengar taklimat peperiksaan UPSR di sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. - Foto Hasriyasyah Sabudin
GURU memberi sokongan pada calon sebelum menduduki peperiksaan UPSR di sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. - Foto Hasriyasyah Sabudin
SEBAHAGIAN calon membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan UPSR di sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. - Foto Hasriyasyah Sabudin
Berita Harian X