Selasa, 11 September 2018 | 4:54pm

Mangsa serangan buaya tak mampu tinggal di wad

SANDAKAN: “Kami tidak mampu dan terpaksa membawa dia (Arsil Alkamal) pulang ke rumah.”’

Demikian kata Omar Abdul Halim, 60-an, datuk kepada remaja lelaki yang diserang buaya di Hulu Sungai Seguntor, berdekatan Kampung Melayu, semalam.

Omar berkata, cucunya berumur 14 tahun itu bagaimanapun perlu menjalani rawatan secara harian.

“Kami kurang berkemampuan dari segi kewangan dan oleh kerana itu terpaksa membawa dia pulang ke rumah. Tidak dapat biarkan dia tinggal di wad untuk rawatan.

“Lukanya akibat digigit buaya sudah dijahit. Jadi kami perlu bawa dia setiap hari ke hospital untuk buat rawatan cuci luka,” katanya ketika ditemui di rumah mereka berdekatan lokasi kejadian berkenaan.

Omar berkata, cucunya itu seorang yatim piatu.

“Sayalah yang memelihara dia selama ini. Tetapi saya juga tidak mempunyai pekerjaan. Jadi sukar menampung kos rawatannya.

“Sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh datang ke rumah ini berdekatan Kampung Melayu, Batu 8 atau menghubungi nombor telefon saya di 014-8542497.” katanya.

Katanya, kejadian menimpa cucunya sangat mengejutkan dia dan berharap agar cucunya itu cepat sembuh.

Sementara itu, Arsil yang turut ditemui di rumah berkenaan masih sukar untuk bercakap dan hanya terbaring di kerusi.

Bagaimanapun, kehadiran pihak anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) yang turut melawat mangsa menceriakan mangsa serta keluarganya.

KETUA Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan, Hussien Muin melawat lokasi kejadian Arsil diserang buaya di Hulu Sungai Seguntor, berdekatan Kampung Melayu, di Sandakan. - NSTP/Hazsyah Abdul Rahman
KETUA Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan, Hussien Muin melawat lokasi kejadian Arsil diserang buaya di Hulu Sungai Seguntor, berdekatan Kampung Melayu, di Sandakan. - NSTP/Hazsyah Abdul Rahman

Arsil adalah remaja tanpa negara dan datuknya pemegang kad pengenalan merah.

Sementara itu, Haikal Dani, 8, berkata ketika kejadian dia melihat rakannya itu bersama seorang remaja lagi sedang berenang.

“Tiba-tiba buaya itu serang dia. Saya nampak dia (Arsil) berteriak meminta tolong.

“Masa sama dia tendang sendiri buaya itu sampailah buaya itu lepaskan gigitan dan orang ramai terus membantu dia cepat-cepat,” katanya.

KEADAAN Arsil selepas diserang buaya di Hulu Sungai Seguntor, berdekatan Kampung Melayu, di Sandakan. - NSTP/Hazsyah Abdul Rahman
KEADAAN Arsil selepas diserang buaya di Hulu Sungai Seguntor, berdekatan Kampung Melayu, di Sandakan. - NSTP/Hazsyah Abdul Rahman
Berita Harian X