Sabtu, 4 Ogos 2018 | 12:37pm
SEBAHAGIAN 5,300 peserta yang menyertai Larian Hari Sarapan Malaysia MILO 2018 yang diadakan di Padang Kompleks Sukan 2, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian. - Foto Hazira Ahmad Zaidi
SEBAHAGIAN 5,300 peserta yang menyertai Larian Hari Sarapan Malaysia MILO 2018 yang diadakan di Padang Kompleks Sukan 2, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian. - Foto Hazira Ahmad Zaidi

Hari Sarapan Malaysia MILO di Kelantan

KOTA BHARU: MILO menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 menerusi program Hari Sarapan Malaysia MILO untuk disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Pengurus Pemakanan Kategori Nestle Products Sdn Bhd, Nurul Illiani Ahmad, berkata MILO bekerjasama dengan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Food Aid Foundation untuk mengumpul dana bagi membantu golongan berkenaan yang julung kali diadakan.

"Setiap jualan tiket acara larian Hari Sarapan Malaysia MILO, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di tujuh lokasi.

"Program bermula pada 1 Julai lalu di Kuching, sebelum disusuli lokasi lain Kota Kinabalu, Kuantan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bharu dan lokasi terakhir di Putrajaya yang akan diadakan pada 11 dan 12 Ogos ini dengan sasaran keseluruhan penyertaan seramai 80,000 pengunjung.

"Kelantan adalah lokasi keenam penganjuran program itu pada tahun ini yang disertai 5,300 peserta," katanya ketika ditemui di Larian Hari Sarapan Malaysia MILO 2018 di Padang Kompleks Sukan 2, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Nurul Illiani berkata, peserta program ini bukan sahaja dapat menyertai larian tiga kilometer (km), malah membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan pihak penganjur.

"Program ini bukan sekadar menjadi perhimpunan sarapan yang besar, tetapi ia satu inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia menikmati sarapan kerana ia memainkan peranan penting untuk memulakan hari.

"Sarapan yang sihat dengan nutrisi sewajarnya penting untuk membantu mengembalikan tenaga dan membolehkan mereka menjalani hari dengan lebih produktif," katanya.

Berita Harian X