Jumaat, 27 Julai 2018 | 12:17pm
Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yaacob, menyampaikan sumbangan kepada murid-murid mangsa kebakaran, ketika melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Likas di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

Murid terjejas kebakaran dibantu

KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah akan menyalurkan bantuan kepada murid dan pelajar mangsa kebakaran Kampung Cenderamata 2, Likas bagi memastikan mereka tetap ke sekolah dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Menterinya, Datuk Dr Yusof Yaacob, berkata pihaknya sentiasa memikirkan kebajikan murid terutama calon yang akan mengikuti peperiksaan awam hujung tahun ini.

"Kita meminta sebolehnya semua pelajar terjejas tetap datang ke sekolah untuk sambung pembelajaran masing-masing.

"Saya juga sarankan ibu bapa supaya tidak menghalang anak ke sekolah kerana kita tidak mahu pelajaran mereka terganggu disebabkan kebakaran ini.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yaacob beramah mesra dengan murid-murid yang mangsa kebakaran, ketika melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Likas di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yaacob ketika melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Likas di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

"Setakat ini, beberapa sekolah mengambil inisiatif sendiri untuk memberi bantuan termasuk dari segi pakaian seragam dan kenderaan ke sekolah. Kita akan lihat apa lagi bantuan lain diperlukan murid yang terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa kebakaran KampungCenderamata 2 di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Likas di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul.

Sebanyak 150 rumah musnah dalam kebakaran jam 2.30 petang pada Selasa lalu, mengakibatkan hampir 800 penduduk hilang tempat tinggal.

Sempena lawatan itu, Dr Yusof turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 105 murid dan pelajar yang menjadi mangsa kebakaran, antara lain bertujuan meringankan beban ibu bapa untuk membeli barangan keperluan sekolah.

Berita Harian X