Sabtu, 14 Julai 2018 | 6:59pm
MURID termasuk ibu bapa beratur untuk mendapatkan hidangan yang disediakan sempena Majlis Singgah Raya yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana. - Foto Muhammad Sulaiman

Singgah Raya SK Seri Pristana meriah

KUALA SELANGOR: Lebih 2,000 tetamu memeriahkan Majlis Singgah Raya yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, di sini, malam tadi.

Majlis yang disambut secara besar-besaran itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru, ibu bapa, pelajar dan komuniti setempat.

Guru Besarnya, Zazaluma Harun, berkata program itu adalah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu dengan kerjasama pusat sumber, panitia agama Islam dan badan kebajikan guru sekolah berkenaan.

"Program ini dijayakan oleh ibu bapa, guru dan pelbagai agensi yang berganding bahu, sama ada menerusi sumbangan wang ringgit mahupun tenaga.

"Kami pernah menganjurkan majlis sama pada tahun 2016 dan mendapat sambutan yang sangat baik," katanya ketika ditemui pada Majlis Singgah Raya SK Seri Pristana.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Shashim Shah Harun dan Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Mohd Azamanizam Baharon.

Pelbagai hidangan disediakan pada majlis itu, antaranya char kuetiau, satay, rendang ayam, lemang dan kuih-muih.

Zazaluma berkata, hubungan erat di antara pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat amat penting dalam membangunkan sesebuah sekolah.

Katanya, setiap pertandingan yang disertai sekolah itu sentiasa mendapat sokongan komuniti setempat seperti pertandingan patrol denggi dan pertandingan musolla peringkat negeri.

"Jadi, kami percaya hubungan yang jitu akan membantu melonjakkan kejayaan sekolah ini menerusi aktiviti seperti ini, seterusnya melahirkan pelajar cemerlang," katanya.

Berita Harian X