Ahad, 10 Jun 2018 | 9:53pm

Aminuddin sertai masyarakat buka puasa di Padang MPS

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun malam ini menyertai 500 masyarakat di negeri ini berbuka puasa 'potluck' pada majlis Himpunan Iftar Rakyat dan Solat Berjemaah di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh.

Lebih istimewa, majlis diadakan dalam suasana santai di lokasi terbuka itu dibanjiri pengunjung seawal 6 petang, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat merasai pengalaman berbuka puasa secara beramai-ramai dengan membawa juadah sendiri.

Selesai berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam dari Syria, Said Arsyed.

AMINUDDIN Harun beramah mesra bersama peniaga peniaga ketika hadir ke program Iftar Rakyat di Padang Majlis Perbandaran Seremban. - Foto Hazreen Mohamad
AMINUDDIN Harun beramah mesra bersama peniaga peniaga ketika hadir ke program Iftar Rakyat di Padang Majlis Perbandaran Seremban. - Foto Hazreen Mohamad

Terdahulu, majlis itu diisi dengan beberapa program kemasyarakatan antaranya gotong-royong memasak dan mengedar 2,000 bungkus bubur lambuk kepada masyarakat oleh Aminuddin dan Mohamad Taufek serta tazkirah Ramadan disampaikan Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf.

Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Waghih Nismilan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim serta mengukuhkan persefahaman antara masyarakat. - BERNAMA

AMINUDDIN Harun beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada program Iftar Rakyat di Padang Majlis Perbandaran Seremban. - Foto Hazreen Mohamad

Berita Harian X