Khamis, 31 Mei 2018 | 3:43pm
STESEN MRT Taman Midah Fasa 2 laluan Semantan - Kajang. - Foto Zulfadhli Zulkifli
STESEN MRT Taman Midah Fasa 2 laluan Semantan - Kajang. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Kadar parkir baharu MRT

KUALA LUMPUR: Kadar parkir baharu sebanyak RM4 sehari akan dikenakan kepada pengguna Transit Aliran Massa (MRT) di lapan lokasi kemudahan Park and Ride di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK), bermula 1 Jun ini.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata, kadar baharu itu mencerminkan pengurangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

Lapan lokasi Park and Ride di sepanjang SBK ialah Sungai Buloh, Phileo Damansara, Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung dan Sungai Jernih.

Orang ramai yang menggunakan kemudahan parkir tetapi tidak menaiki MRT akan dikenakan kadar parkir berbeza tertakluk kepada lokasi, manakala penunggang motosikal dikenakan bayaran RM1 bagi setiap kemasukan selama sehari.

Sementara itu, kemudahan parkir lain di sepanjang laluan SBK seperti di Damansara, Bandar Utama, Pusat Bandar Damansara dan Kajang dikendalikan oleh pihak luar.

MRT Corp sudah bertemu pengendali dan menasihati mereka agar menyemak semula kadar parkir untuk mencerminkan kadar GST sifar peratus.

Bagaimanapun, terpulang kepada pengendali untuk melaksanakan sebarang perubahan pada kadar parkir.

Berita Harian X