Rabu, 25 April 2018 | 2:56pm
RAJA Kamarazaman mempersembahkan hasil carigali khazanah Kesultanan Johor Lama kepada Sultan Ibrahim Iskandar di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru. - Foto ihsan Royal Press Office
SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan meneliti hasil carigali khazanah Kesultanan Johor Lama di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru. - Foto ihsan Royal Press Office
ANTARA khazanah Kesultanan Johor Lama ditemui kumpulan Archaeology JDT di Pulau Sebatik, Kampung Makam, di Kota Tinggi. - Foto ihsan Royal Press Office

Khazanah Kesultanan Johor lama berusia 400 tahun ditemui

JOHOR BAHRU: Pelbagai barangan dipercayai khazanah Kesultanan Johor Lama berusia lebih 400 tahun yang ditemui hasil cari gali di Pulau Sebatik, Kampung Makan di Kota Tinggi, dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Baginda berkenan meluangkan masa meneliti hasil carigali itu yang dipersembahkan oleh pasukan arkeologi diketuai Ketua Ekskavasi, Raja Kamarazaman Raja Salim di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di sini, hari ini.

Menerusi catatan di laman sosial Facebook rasminya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah supaya semua artifak yang ditemui itu perlu diaudit oleh Muzium Diraja Abu Bakar sebelum dipamerkan dengan kerjasama daripada pasukan arkeologi terbabit yang dikenali sebagai Archaeology JDT.


BARANGAN dipercayai berusia lebih 400 tahun. - Foto ihsan Royal Press Office

"Khazanah yang ditemui itu menunjukkan kegemilangan dan kemakmuran Johor sejak zaman kesultanan yang dahulu," titah Sultan Ibrahim.

Kumpulan Archaeology JDT itu memulakan kerja carigali di pulau berkenaan pada 7 April lalu sebelum menemui pelbagai barangan dipercayai khazanah Kesultanan Johor Lama dari tahun 1528 hingga 1699.

Barangan itu dipercayai berusia lebih 400 tahun.

Antara yang ditemui ialah matawang kupang yang diperbuat daripada emas, matawang keton yang diperbuat daripada timah, peralatan rumah, alatan pertukangan, persenjataan, peralatan menangkap ikan serta perhiasan rumah.

Berita Harian X