Isnin, 26 March 2018 | 5:16pm

10,000 pelanggan nikmati tol, kopi percuma Wonda Coffee

KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 pelanggan setia jenama minuman kopi terkemuka, Wonda Coffee menikmati tawaran hebat daripada syarikat berkenaan melalui program Wonda Lane pada 17 dan 18 Mac lalu.

Berikutan kejayaan program berkenaan di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) tahun lalu, Etika Sdn Bhd yang juga pengedar jenama minuman berkenaan, memberi kejutan dan kegembiraan dengan menawarkan bayaran tol percuma kepada pelanggan yang melalui Jambatan Pulau Pinang pada tarikh berkenaan.

Tawaran itu dinikmati 5,000 kenderaan pertama bagi setiap hari pada tarikh berkenaan di antara jam 8 pagi hingga 8 malam.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Santharuban T Sundaram, berkata program Wonda Lane adalah inisiatif syarikatnya memberi penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong mereka.

"Program Wonda Lane bukan saja memberi ganjaran kepada peminat setia kami, tetapi juga sebagai penghargaan di atas sokongan mereka sejak bertahun-tahun lalu," katanya

Santharuban berkata, pihaknya gembira dengan sambutan menggalakkan dan maklum balas positif diterima daripada pelanggan.

"Kami berharap melalui kempen ini, perjalanan mereka lebih ceria dan bertenaga bersama Wonda," katanya

Sebelum ini, jenama berkenaan menempatkan promoter bagi memberi sampel minuman kopi percuma dan menguar-uarkan berita tawaran berkenaan kepada pelanggan di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R).

Selain tawaran bayaran tol percuma, syarikat berkenaan turut memberi sampel kopi susu Wonda dan Wonda Mochaccino percuma kepada pelanggan di R&R Juru ketika mereka dalam perjalanan pulang.

Berita Harian X