Khamis, 8 Februari 2018 | 3:49pm
OPERASI yang memakan masa selama 4 jam berjaya menyita peralatan seperti 67 buah meja, 238 buah kerusi, 6 buah tong gas dan 3 buah tong ikan yang melibatkan 8 buah premis perniagaan. - Foto Ihsan MDKL

MDKL sita kerusi dan meja di parkir

KUALA LANGAT: Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang meletakkan kerusi dan meja di kawasan parkir di sekitar Bandar Saujana Putra di sini, hanya membahayakan nyawa pelanggan.

Berikutan itu, satu operasi dijalankan penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang tertumpu kepada peniaga yang melanggar kesalahan itu sehingga mengganggu ketenteraman awam, Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua MDKL, Mohd Yasin Alwi, berkata operasi bermula jam 6 petang hingga 10 malam itu menyita 67 meja, 238 kerusi, enam tong gas serta tiga tong ikan yang membabitkan lapan premis perniagaan di kawasan berkenaan.

"Pemilik premis ini dikenakan tindakan mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta 133 dan boleh dikenakan kompaun maksimum RM500. Jika kesalahan berulang, kompaun maksimum RM1,000 boleh dikenakan.

"Dalam operasi sama, anggota penguat kuasa MDKL turut mengeluarkan dua notis kesalahan terhadap dua peniaga yang menjual makanan segera di tempat yang dilarang.

"Tindakan mereka dikesali kerana ia boleh mengundang padah terhadap pelanggan yang sedang menikmati makanan mereka selain turut menghalang pemandu kenderaan meletakkan kenderaan di petak parkir," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yasin berkata, pihaknya akan meneruskan operasi sama bagi membanteras tindakan peniaga yang mengabaikan keselamatan semata-mata hanya mahu meraih keuntungan.

Berita Harian X