X
Rabu, 15 November 2017 | 4:01pm
ANGGOTA bomba Malaysia dan Singapura menjalani Latihan Bersama Pelan Respon Kecemasan untuk Tumpahan Kimia Malaysia-Singapura (CHEMSPILL 2017) yang membabitkan 24 agensi daripada kedua-dua negara di KM1.3 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah. - Foto Hairul Anuar Rahim

ANGGOTA bomba Malaysia dan Singapura menyelamatkan mangsa kemalangan ketika menjalani Latihan Bersama Pelan Respon Kecemasan untuk Tumpahan Kimia Malaysia-Singapura (CHEMSPILL 2017) yang membabitkan 24 agensi daripada kedua-dua negara di KM1.3 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah. - Foto Hairul Anuar Rahim

'Tumpahan kimia' di Linkedua

GELANG PATAH: Tiga lelaki parah, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori membawa muatan 20 tong asid hidroklorik, di Kilometer (KM) 1.4 jambatan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, enam tong silinder asid hidroklorik tercampak keluar daripada lori dan dua daripadanya memasuki sempadan Singapura hingga berlaku tumpahan bahan kimia.

Empat lagi tong berisi bahan kimia itu turut berlaku tumpahan, bagaimanapun semuanya berada dalam sempadan negara termasuk satu yang terjatuh ke perairan Selat Johor.

Kejadian itu senario Latihan Bersama Pelan Respon Kecemasan untuk Tumpahan Kimia Malaysia-Singapura yang membabitkan 24 agensi kedua-dua negara.

ANGGOTA bomba Malaysia dan Singapura menjalani Latihan Bersama Pelan Respon Kecemasan untuk Tumpahan Kimia Malaysia-Singapura (CHEMSPILL 2017) yang membabitkan 24 agensi daripada kedua-dua negara di KM1.3 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah. - Foto Hairul Anuar Rahim
ANGGOTA bomba Malaysia dan Singapura menjalani Latihan Bersama Pelan Respon Kecemasan untuk Tumpahan Kimia Malaysia-Singapura (CHEMSPILL 2017) yang membabitkan 24 agensi daripada kedua-dua negara di KM1.3 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah. - Foto Hairul Anuar Rahim

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar, Mokhtar Abd Majid, berkata latihan berkenaan bertujuan memantapkan lagi prosedur operasi standard (SOP) agensi terbabit dan sebahagian daripada kerjasama dua hala Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia-Singapura.

"Latihan kali ke-11 dikendalikan Jabatan Alam Sekitar Malaysia bersama Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura ini juga bagi menguji keberkesanan pelan respon kecemasan membabitkan kemalangan kenderaan membawa muatan bahan berbahaya sepanjang Linkedua.

"Lebih 240 anggota, pegawai dan kakitangan daripada lebih 20 agensi Malaysia-Singapura terbabit dalam latihan pada hari ini dan hasil 'post-mortem' latihan ini akan dibawa dalam mesyuarat bersama kementerian," katanya.

ANGGOTA bomba Malaysia dan Singapura menjalani Latihan Bersama Pelan Respon Kecemasan untuk Tumpahan Kimia Malaysia-Singapura (CHEMSPILL 2017) yang membabitkan 24 agensi daripada kedua-dua negara di KM1.3 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah. - Foto Hairul Anuar Rahim
ANGGOTA bomba Malaysia dan Singapura menjalani Latihan Bersama Pelan Respon Kecemasan untuk Tumpahan Kimia Malaysia-Singapura (CHEMSPILL 2017) yang membabitkan 24 agensi daripada kedua-dua negara di KM1.3 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah. - Foto Hairul Anuar Rahim

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus tamat latihan itu di Linkedua di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NEA, Ronnie Tay.

Sementara itu, Tay menyifatkan latihan yang dijalankan dengan agensi Malaysia hari ini berjaya dan mencapai tujuan, iaitu memperbaiki dan memantapkan lagi SOP pelan kecemasan berkaitan tumpahan bahan berbahaya.

"Tiada SOP baharu yang diguna pakai atau diperkenalkan dalam latihan ini, tetapi SOP biasa digunakan bagi kecemasan bahan kimia. Apa yang penting penyelarasan operasi pasukan penyelamat daripada kedua-dua negara," katanya.

Berita Harian X