Sabtu, 30 September 2017 | 12:53pm
MASIDI (kanan) menerima cenderahati daripada Maimunah (tiga dari kiri) selepas merasmikan Karnival Pamer Keunggulan 2017 di pekarangan Wisma Pendidikan Sabah di Likas. - Foto Malai Rosmah Tuah
MASIDI (kanan) menerima cenderahati daripada Maimunah (tiga dari kiri) selepas merasmikan Karnival Pamer Keunggulan 2017 di pekarangan Wisma Pendidikan Sabah di Likas. - Foto Malai Rosmah Tuah
MASIDI (dua dari kiri) diiringi Maimunah (kiri) menyampaikan Anugerah Khas Juri kepada Mohd Amar Amirul Amin Mat Zin dari SMK Badin, Tuaran pada Majlis Perasmian Karnival Pamer Keunggulan 2017 di pekarangan Wisma Pendidikan Sabah di Likas. - Foto Malai Rosmah Tuah

Karnival Pamer Keunggulan

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 warga pendidik dan pelajar hadir bagi memeriahkan Karnival Pamer Keunggulan 2017 yang berlangsung di pekarangan Wisma Pendidikan, di sini hari ini.

Karnival anjuran Jabatan Pendidikan Sabah selama dua hari sejak semalam itu, dirasmikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Exco Pendidikan Negeri, Datuk Masidi Manjun.

Yang turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi; Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan negeri, Datu Jamigul Datu Salin.

Antara objektif karnival itu ialah mengiktiraf penghargaan besar ke atas sumbangan dan komitmen pengurusan sekolah dalam memacu kejayaan serta kecemerlangan murid.

Terdahulu Maimunah berkata, program itu bertujuan memberi penghargaan kepada lembaga pengurusan dan pentadbiran sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kegiatan sukan mahupun kokurikulum yang berkaitan dengan hal ehwal murid serta asrama sekolah di seluruh negeri.

Katanya. karnival itu turut boleh menjadi platform bagi sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan jabatan mempamerkan kejayaan yang dicapai dalam pelbagai aspek pada semua peringkat.

"Setakat ini, bidang pendidikan di negeri ini sudah mencapai banyak kejayaan yang disumbangkan oleh pelajar, guru, PPD dan jabatan.

"Kejayaan ini jelas menunjukkan bidang pendidikan di negeri ini berada pada tahap yang membanggakan dan menjadi penanda aras untuk kejayaan masa hadapan," katanya.

2017.

Beliau turut meminta semua pengurus kokurikulum di peringkat sekolah dan PPD supaya dapat merancang lebih banyak kegiatan kokurikulum dengan teliti supaya dapat memberi kesan sekaligus menonjolkan potensi pelajar.

Berita Harian X