Ahad, 24 September 2017 | 2:17pm

Konvoi Amal Motosikal Klasik kutip derma kanser

IPOH: Lebih 300 peserta membabitkan 250 penunggang pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi menyertai program Konvoi Amal Motosikal Klasik 'The Distinguished Gentlemen's Ride' di negeri ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser prostat.

Program kali ketiga anjuran oleh Throttle Riot dengan kerjasama Perak British Classic Motorcycle Club (PBCMC) itu membabitkan perjalanan sejauh 23 kilometer ke lima perhentian bermula daripada Bulatan Meru Amanjaya seterusnya ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Karat Cafe dan Stesen KTM sebelum berakhir di MRoof Hotel di sini.

Program berkenaan membabitkan penyertaan peserta dari seluruh negara dan lebih menarik ia turut disertai oleh artis terkenal tanah air Wak Doyok, Karl Shafiq dan JD Raja Lawak.

Penyelaras program, Ezzad Elias berkata, program bertemakan menunggang dengan mengenakan pemakaian 'gentleman' itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat umum berkenaan penyakit kanser jenis itu.

Katanya, program yang diasaskan di Australia itu berlangsung secara serentak di seluruh dunia pada hari ini dan di negara ini konvoi diadakan di 10 lokasi iaitu di ibu kota, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Melaka, Miri, Pulau Pinang Seremban termasuk bandar raya ini.

"Jumlah derma adalah terpulang kepada peserta tetapi kita meletakkan jumlah minimum RM20, pada kali ini kita mensasarkan kutipan sebanyak RM15,000 bagi membantu pesakit kanser prostat di seluruh dunia.

"Program diadakan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) dan penganjuran program ini sekali gus dapat menaikkan nama Ipoh," kataya ketika ditemui di sini hari ini.

PARA peserta motosikal British Klasik yang turut serta pada Program Konvoi Amal Klasik 'The Distinguished Gentelmen's Ride' di Bulatan Amanjaya. - Foto BERNAMA

Berita Harian X