Khamis, 31 Ogos 2017 | 12:47pm
RAJA Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (tengah) memeriksa perbarisan pasukan kawalan kehormat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Kedah di pekarangan Wisma Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam

RAJA Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (tiga dari kiri) menerima tabik hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Kedah di pekarangan Wisma Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam

Pegawai Tadbir Kedah juara

ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff, berangkat menghadiri sambutan Hari Kebangsaan ke 60 2017 peringkat negeri Kedah di pekarangan Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Baginda berdua tiba pada jam 8 pagi sekali gus menyertai lebih 5,000 orang yang hadir bagi meraikan sambutan bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa'.

Turut berangkat, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafudin Badlishah Tunku Sallehuddin.

Sambutan dimulakan dengan pasukan kawalan kehormat Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menyembahkan Hormat Diraja diikuti pemeriksaan perbarisan oleh Tunku Sallehuddin.

Perarakan membabitkan kira-kira 2,000 peserta daripada 95 kontinjen mewakili pelbagai agensi kerajaan, pasukan beruniform, badan berkanun dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan serta pancaragam.

Dalam sambutan itu, kontinjen Pegawai Tadbir Kedah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dari empat kategori perarakan dan perbarisan yang dipertanding sekali gus membawa pulang piala pusingan.

Kategori kerajaan dijuarai oleh kontinjen Pegawai Tadbir Kedah, Majlis Daerah Sik (kategori badan berkanun dan swasta), Persatuan Bekas Sembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (kategori sukarela dan bukan kerajaan) dan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Roziah (kategori pasukan beruniform sekolah).

Pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan plak.

Berita Harian X