Isnin, 6 Disember 2021 | 11:04am
Azizul (berbaju putih) bersama-sama calon lain. - Gambar NSTP/NURUL HIDAYAH BAHAUDIN
Azizul (berbaju putih) bersama-sama calon lain. - Gambar NSTP/NURUL HIDAYAH BAHAUDIN

Anak Adenan Satem lawan tiga calon

LUNDU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara GPS, Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sarawak Bersatu dan Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Gustian Durano mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.30 pagi selepas proses penamaan di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, ditutup jam 10 pagi.

"Selepas semakan dilakukan, kami berpuas hati dan tiada calon ditolak kertas penamaannya," katanya.

Pada pilihan raya kali ini, GPS meletakkan anak bekas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Azizul Annuar Adenan bagi mempertahan kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang ibunya, Puan Sri Jamilah Anu.

Azizul akan ditentang calon dari PBK, iaitu Goem Pijar dan calon dari PSB yang diwakili oleh Jeryin Pauzi, selain seorang lagi calon Bebas, Abdul Talip Ba'ee.

Anggota polis serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengawal pintu masuk di pusat penamaan calon bermula jam 8 pagi.

Penamaan calon berlangsung tanpa kehadiran penyokong parti bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

N.03: Tanjong Datu (mengikut kertas undi)

1. Azizul Annuar Adenan (GPS)

2. Abdul Talip Ba'ee (Bebas)

3. Jeryin Pauzi (PSB)

4. Goem Pijar (PBK)

Berita Harian X