Sabtu, 28 November 2020 | 12:08am
(Gambar fail) Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
(Gambar fail) Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

Perhimpunan Agung BERSATU dijangka bincang mansuh jawatan Pengerusi - Mohd Redzuan

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dijadualkan berlangsung secara maya, hari ini, antara lain dijangka membincangkan pemansuhan jawatan Pengerusi parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata isu terbabit telah dibincangkan pada peringkat pucuk pimpinan parti.

"Mengenai pemansuhan jawatan Pengerusi, perkara itu betul dan bukan ura-ura.

"Kita sudahpun bincang dan saya rasa mendapat sokongan kebanyakan ahli untuk memantapkan pengurusan parti itu sendiri.

"Sebabnya kita tidak mahu ada dua kapten dalam satu kapal, jadi kita cuma mahu ada Presiden," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini bertajuk 'Wawasan Kemakmuran Bersama 2030', terbitan Bernama TV, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, pemansuhan jawatan itu akan memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan parti. – BERNAMA

Berita Harian X