Isnin, 16 November 2020 | 11:03am
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.ARKIB NSTP
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.ARKIB NSTP

ADUN Meru tinggalkan AMANAH, sertai PKR

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR.

Setiausaha AMANAH Selangor, Kamarul Hisham Yeop Hashim, berkata tindakan itu menyebabkan semua jawatan parti yang disandang beliau terbatal serta-merta.

"AMANAH Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini.

Mohd Fakhrulrazi memenangi kerusi itu dengan majoriti 9,608 undi, menewaskan pesaingnya, Khairul Anuar Saimun daripada Barisan Nasional, Noor Najhan Mohamad Salleh (PAS), Manikavasagam (PRM) dan Alex Shee Chee Weng (Bebas).

Pada Februari lalu, beliau didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rayuan, bagi menggantikan hukuman penjara lapan bulan atas sabitan kes hasutan berhubung kenyataan dalam perhimpunan #KitaLawan, pada 2015.

Berita Harian X