PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) hadir di ibu pejabat PKR di sini, bagi memulakan mesyuarat Majlis Presiden PH.
Mesyuarat itu dijadualkan pada jam 4 petang bagi membincangkan hal berkaitan persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung minggu depan.
Selain itu, mesyuarat terbabit dijangka membincangkan akan dibelanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November.
Antara pemimpin yang dilihat hadir adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMNAH, Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.