Ahad, 11 Oktober 2020 | 2:38pm
Pelantikan Herman yang beragama kristian menunjukkan usaha PAS Sabah menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan pegangan agama. - Foto ihsan PAS Sabah
Pelantikan Herman yang beragama kristian menunjukkan usaha PAS Sabah menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan pegangan agama. - Foto ihsan PAS Sabah

ADUN PAS Sabah lantik pegawai khas beragama Kristian

KOTA KINABALU: Setiausaha PAS Sabah yang dilantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dr Aliakbar Gulasan menamakan Herman Obi, 24, sebagai Pegawai Khas (Hubungan Antara Kaum).

Aliakbar berkata, pelantikan Herman yang beragama kristian itu menunjukkan usaha PAS Sabah menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan pegangan agama.

"Herman, lulusan Universiti Malaysia Sabah ialah Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah dan ahli DHPP sejak 2016.

"Pelantikan beliau diyakini dapat memperkukuhkan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di Sabah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aliakbar yang dilantik sebagai ADUN baru-baru ini mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin PAS pertama dilantik ke jawatan itu di Sabah.

Pelantikan itu bagaimanapun kurang disenangi terutama dari kalangan parti pembangkang.

Berita Harian X