Khamis, 1 Oktober 2020 | 12:14pm
Pemimpin parti perlu mengelakkan politik berlebihan ketika negara berdepan ketidakstabilan ekonomi. Gambar dirakam minggu lalu ketika sidang media Anwar di Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Pemimpin parti perlu mengelakkan politik berlebihan ketika negara berdepan ketidakstabilan ekonomi. Gambar dirakam minggu lalu ketika sidang media Anwar di Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Tangani ketidakstabilan ekonomi

PUTRAJAYA: Pemimpin parti perlu mengelakkan politik berlebihan ketika negara sedang berdepan ketidakstabilan ekonomi ketika ini.

Mengulas pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BM) Tan Sri Annuar Musa, berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah juga sudah berakhir dan kini masa untuk menunaikan janji.

"Kita perlu terus fokus. Kita perlu memberi banyak perhatian untuk memastikan ekonomi terus berjalan," katanya pada sidang media, hari ini.

Annuar berkata, dakwaan Anwar juga tidak akan dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat di antara UMNO dan PAS dijadualkan hujung minggu ini.

Katanya, pada peringkat UMNO, kepemimpinan parti tidak pasti Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Anwar.

Annuar berkata, beliau sudah bertanya Ahli Parlimen yang disenaraikan mahu menyokong Anwar, serta sudah bertanya kepada mereka.

"Saya ada mendapat senarai itu dan apabila saya menghubungi mereka, semua menafikannya. Saya juga keliru," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X