Sabtu, 29 Ogos 2020 | 7:21pm
Calon PRK DUN Slim (dari kiri), calon BN, Mohd Zaidi Aziz, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (Bebas) dan S Santharasekaran (Bebas). - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Calon PRK DUN Slim (dari kiri), calon BN, Mohd Zaidi Aziz, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (Bebas) dan S Santharasekaran (Bebas). - NSTP/Sharul Hafiz Zam

PRK Slim: BN dahului kiraan undi

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz mendahului bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan memperoleh majoriti 8,358 undi, setakat 7.10 malam ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi di laman Twitter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Mohd Zaidi, 43, memperoleh 9,980 undi, manakala calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mendapat 1,622 undi.

Seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran, 44, mendapat 219 undi.

Proses pengundian di semua 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang tadi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

PRK DUN Slim ialah pilihan raya kedua berlangsung dalam kebiasaan baharu, susulan wabak COVID-19 selepas PRK DUN Chini bulan lalu.

Galeri Pilihan Raya Kecil DUN Slim

TIADA sekatan perjalanan di Tawau dan Lahad Datu berikutan wabak COVID-19 yang menular dalam kalangan warga asing. - Foto hiasan
TIADA sekatan perjalanan di Tawau dan Lahad Datu berikutan wabak COVID-19 yang menular dalam kalangan warga asing. - Foto hiasan

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh (kiri) meninjau proses pengundian pada PRK DUN Slim di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh (kiri) meninjau proses pengundian pada PRK DUN Slim di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X