Ahad, 18 November 2018 | 4:59pm

Anwar presiden baharu PKR, Azmin timbalan presiden

SHAH ALAM: Hari ini menjadi detik bersejarah bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dinobatkan sebagai Presiden PKR, parti yang beliau asaskan pada 1998.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Rashid Din pada Kongres Nasional Ke-13 PKR di IDCC di sini, hari ini.

Anwar, yang sebelum ini Ketua Umum PKR, menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR untuk tempoh 2018-2021.

Kerusi Timbalan Presiden PKR kekal milik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang menewaskan Rafizi Ramli.

Rashid juga mengumumkan empat Naib Presiden PKR yang baru iaitu Tian Chua, Dr A Xavier Jayakumar, Nurul Izzah Anwar dan Zuraida Kamaruddin.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohd Talha, diumumkan sebagai Ketua Wanita PKR manakala ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi, sebagai timbalannya.

Bagi sayap Pemuda, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dilantik sebagai ketuanya yang baru manakala ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, sebagai timbalannya.


PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama bekas Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bergambar dengan sebahagian ahli Majlis Pimpinan Pusat yang baharu pada Kongres KEADILAN ke-13 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Berikut adalah senarai penuh Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi penggal 2018-2021:

Pengerusi Tetap: Datuk Ahmad Kassim

Timbalan Pengerusi Tetap: Othman Karim

Presiden: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden:

1. Nurul Izzah Anwar

2. Zuraida Kamaruddin

3. Xavier Jayakumar

4. Tian Chua

Anggota Majlis Pimpinan Pusat:

1. Amirudin Shari

2. Datuk Mohd Rashid Hasnon

3. R. Sivarasa

4. Rahimah Majid

5. Abdullah Sani Abdul Hamid

6. Elizabeth Wong

7. Datuk Saifuddin Abdullah

8. Datuk Zakaria Abdul Hamid

9. Mohd Radzlan Jalaludin

10. Datuk Dr Mansor Othman

11. Datuk Kamarudin Jaafar

12. Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien

13. Nik Nazmi Nik Ahmad

14. Azmizam Zaman Huri

15. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah

16. Gan Pei Nei

17. Zaliha Mustafa

18. R. Santhara Kumar

19. Hee Loy Sian

20. Abdul Halim Hussain

MOHAMED Azmin (tengah) menerima ucapan tahniah daripada Anwar (kiri) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas menyampaikan ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional Keadilan Ke-13, 2018 di Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
Berita Harian X