Sabtu, 13 Oktober 2018 | 3:22pm
CALON Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau proses hari pengundian di Sekolah Kebangsaan Port Dickson. - NSTP/Hazreen Mohamad
CALON Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau proses hari pengundian di Sekolah Kebangsaan Port Dickson. - NSTP/Hazreen Mohamad
CALON Bebas, Lau Seck Yan meninjau proses pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Seri Rusa, Port Dickson. - NSTP/Hazreen Mohamad
CALON Bebas, Lau Seck Yan meninjau proses pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Seri Rusa, Port Dickson. - NSTP/Hazreen Mohamad
PENGERUSI SPR, Azhar Azizan Harun meninjau proses pengundian PRK Parlimen Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan. - NSTP/Hazreen Mohamad
PENGERUSI SPR, Azhar Azizan Harun meninjau proses pengundian PRK Parlimen Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan. - NSTP/Hazreen Mohamad

Calon boleh masuk ke saluran mengundi - SPR

PORT DICKSON: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson boleh masuk ke saluran mengundi bagi memantau perjalanan proses pengundian.

Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, berkata calon perlu mengikut peraturan ditetapkan dengan tidak berkempen.

“Mereka (calon) boleh masuk ke saluran mengundi untuk membuat pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilihat masuk ke saluran mengundi di SK Port Dickson.

CALON Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau proses hari pengundian di Sekolah Kebangsaan Port Dickson. - NSTP/Hazreen Mohamad
CALON Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau proses hari pengundian di Sekolah Kebangsaan Port Dickson. - NSTP/Hazreen Mohamad

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang masih mempersoalkan tindakan SPR membenarkan Anwar bertanding PRK Port Dickson, Azhar berkata, SPR hanya berfungsi sebagai pentadbiran.

“Dalam terma undang-undang kita menerima ‘ex-facie’ iaitu tanpa siasatan lanjut. Kita terima dokumen penamaan calon Anwar dan kita tahu dia sudah mendapat pengampunan.

“Kami tidak jalankan siasatan. Jika tidak berpuas hati boleh ke mahkamah dan biar mahkamah tentukan. Takiyudin seorang peguam, jadi dia patut tahu undang-undang,” katanya.

Berita Harian X