Rabu, 29 March 2017 | 6:30pm

Johor serah UMNO Pusat kes dadah pemimpin bahagian

KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor
KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor

JOHOR BAHRU: Badan Perhubungan UMNO Johor menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung kedudukan Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir yang menghadapi tuduhan dadah.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tuduhan ke atas Mustafa adalah hal peribadi dia dan tiada kaitan dengan parti.

"Itu hal peribadi dia. Terserah kepada ibu pejabat UMNO," katanya pada sidang media selepas majlis pelepasan Kembara Kerjaya Berkemahiran 2017 di Dataran Mahkota Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

Semalam, Mohamed Mustafa yang juga ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, atas tuduhan memasukkan syabu ke dalam badan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pada jam 6 petang, 1 Ogos tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) dibaca bersama Seksyen 38B akta sama iaitu penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan antara dua hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Berita Harian X