KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid menggariskan lima agenda bertajuk 'Memperjuangkan Harapan Orang Kuale' sekiranya terpilih pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.
Beliau mengumumkan agenda itu pada sidang media khas di kediamannya di Bukit Chandan, hari ini.
5 agenda itu ialah:
1. Menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada Universiti Awam
2. Menyegerakan kelulusan projek Jambatan Manong
3. Memohon kelulusan projek membesar dan melebarkan Jalan Manong Kuala Kangsar
4. Menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar
5. Membangunkan semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan