Jumaat, 8 April 2016 | 6:09pm

Ahli perniagaan calon BN di Repok

KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (empat dari kiri) bersama Calon Barisan Nasional Dun Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii (dua dari kiri) selepas merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Sarikei. - Foto Nadim Bokhari

SARIKEI: Ahli perniagaan, Datuk Sri Huang Tiong Sii, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, sekali gus mengakhiri teka-teki selama ini.

Pengumuman mengenainya dibuat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, dalam majlis bersama rakyat di sini, sebentar tadi.

Adenan yang juga Pengerusi BN negeri, turut mengumumkan Datuk Len Talif Salleh sebagai calon mempertahankan kerusi Kuala Rajang dan Abdullah Saidol kekal di DUN Semop.

Tiong Sii, 47, akan bertanding atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi kerusi Repok yang jatuh ke tangan DAP dalam Pilihan Raya Negeri ke-10 dengan majoriti 2,679.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua negeri yang juga Presiden SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh; Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Abdul Rahman dan Pengerusi BN Sarikei, Ding Koung Hiing.

Berita Harian X