Rabu, 23 March 2016 | 1:26pm

Calon DUN Marudi masih teka teki

KETUA Menteri, Tan Sri Adenan Satem melambai ke arah orang ramai ketika hadir di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah, Marudi, Miri. - Foto Mohd Radzi Bujang
KETUA Menteri, Tan Sri Adenan Satem melambai ke arah orang ramai ketika hadir di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah, Marudi, Miri. - Foto Mohd Radzi Bujang

MARUDI: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem masih merahsiakan bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi bagi Pilihan Raya Negeri ke-11.

Pada masa sama, beliau mahu penyokong BN diketuai Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air), Datuk Sylvester Entri Muran dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing bersatu, seterusnya berhenti bertelagah dalam memperkukuhkan persiapan menjelang pilihan raya.

"Saya mahu penyokong Entri dan King Sing yang mencalonkan Dr Penguang Manggil bekerjasama. Jika penyokong berkenaan bergabung, saya pasti BN tiada masalah menawan semula kerusi Dun Marudi," katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Marudi, sebentar tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau serta lebih 5,000 penyokong SPDP.

Adenan berkata, apabila calon DUN Marudi diumumkan atas tiket BN, penyokong kedua-dua pihak perlu memihak BN, bukannya pembangkang.

Berita Harian X