Khamis, 15 Oktober 2015 | 5:53pm

Tindakan Saifuddin sememangnya dijangka - Ismail Sabri

PEMAIN Malaysia, Harith Naem Jaineh diasak pemain Jepun Asahi Yokohama pada aksi terakhir Kumpulan A Kejuaraan B-16 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Eizairi Shamsudin
PEMAIN Malaysia, Harith Naem Jaineh diasak pemain Jepun Asahi Yokohama pada aksi terakhir Kumpulan A Kejuaraan B-16 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sesuatu yang mengejutkan dalam kalangan pemimpin UMNO.

Ahli MT UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini ekoran tindakan Saifuddin sebelum ini yang sentiasa mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian sebenar parti.

"Kita dah jangka dia lama dah...baru-baru ini pun UMNO dah keluarkan surat tunjuk sebab berhubung beberapa kenyataan yang dibuatnya.

"Lagipun Saifuddin selama ini kita lihat kecenderungannya ke arah pembangkang. Jadi, kalau dia keluar (parti) pun bukan sesuatu perkara yang mengejutkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Antarabangsa Program Transformasi Luar Bandar di sini, sebentar tadi.

Saifuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh dan Ketua Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), mengumumkan menyertai PKR di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini.

Berita Harian X